Saturday, September 4

@Zana Wang

"Assalammualaikum, semua. Saya Aminah binti Ali (bukan nama sebenar) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada para guru, kawan-kawan terutama kawan-kawan saya yang dekat belakang tu Abu, Jenab, dan lain-lain. Sekian terima kasih." Selepas memberi ucapan, dia berjalan ke arah Puan Omme untuk mengambil duit raya. Yeayy! dapat duit raya :) haha. 

Sebenarnya skrip di atas itu diambil daripada skrip-skrip tipikal yang boleh kita dapati hanya di SISS. Itu memang sudah menjadi budaya sekolah kami, dua hari atau sehari sebelum cuti mesti ada slot ucapan sempena perayaan yang akan disambut itu. Memang selalunya terbaiklah kan! haha.

Selalunya kalau keluar budak-budak cina kelas Form One , memang kau tak boleh nak tahan gelaklah weyyy. Terbaik wa cakap sama lu. Se..se..lamat Hari Raya Aii!!..dilfitri. haha. Okayy budak tu sebenarnya gagap so macam tak baik aku cakap macam ni dekat dia tapi still ucapan dia yang paling best bagi aku sebab dia datang dengan tangan kanan dekat pinggang segala. Macam taiko je. haha. 

Kau tanya mana ucapan aku? haha. Kirim salamlahh kan kalau aku nak ada dekat depan tu. haha. Bajet berani je tapi apabila suruh buat aku lari awal-awal tapi sekarang sudah tidak macam tu lagi kerana tidak lama lagi aku akan menjadi seorang senior. Wahhhwahh bunyinya tak boleh nak berlagak lagi enn? haha. End of story. 


Err punya lah aku rindu peristiwa kat atas ni. Thanks to you Nana, aku gelak kuat gila time baca post ni. Hahaha